fbpx

Pochettino calon ‘bos’ di Santiago Bernabeu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
POCHETTINO dilaporkan tidak gembira di PSG dan khidmatnya kini diburu oleh Real serta Spurs. – AFP

MADRID – Pasukan gergasi La Liga, Real Madrid difahamkan sudah mula memburu pengendali baharu dengan menyenaraikan ketua jurulatih Paris Saint-Germain (PSG), Mauricio Pochettino sebagaI calon utama untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan Zinedine Zidane.

Sebagai rekod, Zidane mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan serta merta pada awal minggu ini susulan kegagalan membantu pasukan The Galacticos menjulang sebarang trofi pada saingan musim ini.

Malah, pengendali kelahiran Perancis itu dilaporkan sudah tidak sanggup untuk berurusan dengan pengurusan tertinggi pasukan yang sering masuk campur ketika proses jual beli pemain setiap kali jendela perpindahan tiba.

Kini, Pochettino dianggap sebagai calon utama yang boleh membawa Real ke tahap yang lebih baik sekali gus mengembalikan era kegemilangan pasukan terutama dalam usaha memburu trofi Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Selain Pochettino, Real juga menyenaraikan dua lagi calon, Antonio Conte yang baru sahaja meninggalkan kerusi jurulatih di Inter Milan selain bekas penyerang legenda pasukan, Raul Gonzales.

Bagaimanapun, harapan Real untuk mengikat khidmat Pochettino nampak berliku selepas mendapat tentangan sengit daripada kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Tottenham Hotspur yang turut berminat untuk menandatangani semula pengurus kelahiran Argentina itu.

Cuma, segala keputusan terletak di tangan PSG memandang­kan Pochettino masih memiliki kontrak bersama kelab Ligue 1 itu sehingga tahun depan dan mana-mana pasukan perlu membayar pampasan sekiranya mahu mendapatkan khidmatnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI