fbpx

617 individu degil ingkar SOP ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Seramai 617 individu yang dikesan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditahan menerusi Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pasukan operasi telah melakukan sebanyak 69,702 pemeriksaan melibatkan 3,575 pasukan yang terdiri daripada 15,887 anggota.

“Dalam pemantauan tersebut 617 individu telah ditahan selepas dikesan ingkar SOP dan daripada jumlah itu, seramai 579 telah dikompaun manakala 38 lagi direman untuk siasatan lanjut.

“Antara kesalahan yang direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (118), rentas negeri atau daerah tanpa kebenaran (112), tiada penjarakan fizikal(111), dan gagal merekodkan butiran diri ketika memasuki premis (77),” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, kesalahan lain yang turut dikesan adalah tidak mematuhi arahan kawalan pergerakan (66), aktiviti pusat hiburan (11) dan lain-lain kesalahan (122).

Jelas Ismail Sabri, seramai 32 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) turut ditahan semalam termasuk merampas 12 buah kenderaan darat menerusi Ops Benteng yang dilakukan di sempadan negara.

“Dalam ops itu juga sebanyak 162 bot serta kapal turut dikesan di perairan negara melalui lapan aktiviti penglihatan yang dilakukan,” ujar beliau.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI