SEBERANG PERAI – Lima nelayan berjaya diselamatkan selepas sebuah bot dinaiki mereka terbalik akibat dipukul ombak besar di Sungai Kuala Muda dekat Penaga, Kepala Batas di sini hari ini.
Kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu dikatakan berlaku ketika nelayan terbabit dalam perjalanan pulang bagi membawa hasil laut ke tempat pendaratan ikan berdekatan Pasar Bisik Kuala Muda.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, kejadian itu berlaku kira-kira 500 meter dari Pasar Bisik Kuala Muda.
“Bot dinaiki mereka terbalik akibat dibadai ombak besar.
“Bagaimanapun mangsa iaitu pemilik bot berusia 51 tahun dan empat nelayan berusia 22 hingga 36 tahun berjaya disealamatkan oleh nelayan lain,” katanya. – K! ONLINE