fbpx

Polis buka kertas inkuiri siasat kesalahan menteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairuddin

PETALING JAYA – Polis membuka kertas inkuiri bagi mengenal pasti apakah kesalahan yang berlaku dalam insiden di sekatan jalan raya (SJR) yang melibatkan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali, pada 16 Mei lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Dev Kumar berkata, polis sedang melakukan siasatan berkenaan insiden itu.

“Kita (polis) membuka kertas inkuiri terlebih dahulu bagi memastikan apakah ada kesalahan yang dilakukan dalam kejadian berkenaan.

“Kita buka kertas inkuiri polis dahulu. Kita akan panggil semua yang berkaitan dengan isu ini untuk pertanyaan.

“Ia bertujuan Untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku di SJR dan jika ada berlaku apa-apa kesalahan,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Mengulas berkenaan bila individu terbabit akan dipanggil, beliau memberitahu, pihaknya akan berbincang dengan pegawai penyiasat kes terlebih dahulu sebelum memanggil mereka.

“Saya perlu bincang dengan pegawai penyiasat dahulu. Bila akan dipanggil, akan diputuskan kelak,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI