fbpx

Kes melonjak lagi, 9,020 kes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Angka kes harian hari ini memecah rekod negara selepas terus melonjak kepada 9,020 kes berbanding 8,290 semalam menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah sebanyak 558,534 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor merekodkan angka tertinggi sebanyak 2,836 kes, diikuti oleh Kelantan sebanyak 907 kes dan Negeri Sembilan sebanyak 898 kes.

“Seterusnya, Kuala Lumpur (789 kes), Sarawak (726 kes), Johor dan Kedah (masing-masing 468 kes), Pulau Pinang (345 kes), Melaka (340 kes), Perak (272 kes), Sabah (265 kes), Labuan (253 kes), Pahang (216 kes) dan Terengganu (189 kes).

“Putrajaya pula dengan 29 kes dan Perlis sebanyak 19 kes,” katanya pada ciapan Twitter beliau di sini hari ini. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI