fbpx

PKDP Kuala Terengganu, Kuala Berang terima bantuan bersasar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri Terengganu akan menyalurkan bantuan awal kepada rakyat negeri ini yang terkesan dengan pelaksanaan total lockdown mulai Selasa depan dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM420,000.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tumpuan penyaluran bantuan itu akan diberikan kepada penduduk bandar raya ini dan mukim Kuala Berang, Hulu Terengganu yang kini terkesan dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Kerajaan negeri Terengganu mengambil pendekatan bantuan bersasar terhadap rakyat memerlukan.

“Bantuan bersasar sama pernah diberikan kepada daerah Besut yang terlebih dahulu dikenakan PKPD (pada minggu lalu),” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri memohon semua rakyat Terengganu kekal bertenang dalam menghadapi pelaksanaan semula penutupan penuh sektor sosial dan ekonomi bermula 1 Jun hingga 14 Jun depan.

Beliau juga menasihatkan penduduk negeri ini agar sentiasa patuh dengan arahan dan prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan kerajaan.

“Usah kita menuding jari sehingga mencetuskan suasana yang tidak harmoni, sebaliknya marilah kita berganding bahu dan bersatu hati untuk memutuskan rangkaian Covid-19,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI