fbpx

Lockdown: Pembelian panik bermula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suasana di salah sebuah pasar raya menjelang tempoh lockdown 1 jun ini.

PETALING JAYA -Suasana di beberapa pasar raya dan pasar awam di seluruh negara dilaporkan mulai sesak apabila orang ramai berpusu-pusu membeli kelengkapan barangan dapur sebagai persediaan menghadapi ‘lockdown’ 1 Jun depan.

Berdasarkan tinjauan Kosmo!, beberapa pasar raya besar sekitar Lembah Klang mula mencatatkan peningkatan pelanggan sejak pagi dan dijangka lebih ramai menjelang petang nanti.

Selain itu, perkongsian netizen di laman sosial media Facebook menunjukkan situasi sama turut berlaku di beberapa negeri termasuklah Kelantan, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan.

Orang ramai mula memenuhi pasar raya bagi mendapatkan barangan keperluan harian

Seorang pengguna Facebook, Guuhaan Guhan, turut mempersoalkan mengapa orang ramai perlu membuat pembelian panik memandangkan kedai runcit masih dibuka dalam tempoh lockdown.

“Kenapa perlu beli barang sekarang? Kedai runcit dan pasaraya yang lain masih dibuka dan orang ramai boleh beli semasa ‘total lockdown nanti. Kenapa semua sedang panik dan tergesa-gesa?” katanya.

Bagi Emy Dayana pula, dia meminta rakyat untuk bertenang memandangkan masih ada kedai dibuka ketika tempoh itu.

“Masih ada orang yang tidak faham ya. Bawa bertenang, pasaraya tidak tutup sepanjang ‘lockdown’ nanti.

“Semua yang beratur ni memang berpakat mahu borong semua barang macam tiada hari esok? Bawa bertenang semua, kes makin tinggi,” jelasnya.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan menerusi laman Facebook Majlis Keselamatan Negara (MKN) bahawa Malaysia bakal menjalani total ‘lockdown’ yang akan dijalankan selama 14 hari dari 1 Jun hingga 14 Jun 2021. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI