fbpx

Cubaan seludup ikan delah, todak gagal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor menahan ikan delah dan ikan todak bernilai RM8,520 di Pelabuhan Pasir Gudang, Johor Bahru, Johor kelmarin. Foto IHSAN MAQIS JOHOR

PASIR GUDANG – Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) telah menahan ikan delah dan ikan todak yang dianggar bernilai RM8,520 di Pelabuhan Pasir Gudang, di sini kelmarin.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, ikan delah yang dirampas adalah seberat 640 kilogram (kg) manakala ikan todak pula seberat 80 kg.

Menurutnya, pegawai penguatkuasa Maqis yang menjalankan pemeriksaan menemui barangan berkenaan di dalam sebuah tongkang di Dermaga 7, pelabuhan itu pada pukul 4 petang.

“Semasa pemeriksaan dijalankan, pihak kami menjumpai sejumlah ikan di dalam tongkang yang membawa pelbagai jenis ikan basah.

“Pemeriksaan lanjut mendapati ikan-ikan dengan berat keseluruhan 740 kg dan bernilai RM8,520 itu telah dibawa masuk tanpa permit import,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahan, kesemua konsainan tersebut telah ditahan untuk tindakan lanjut.

“Kes akan disiasat di bawah seksyen 11 (1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya.

“Manakala bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya boleh didenda tidak lebih RM150,000 atau di penjarakan selama tempoh tidak lebih tujuh tahun atau kedua-duanya,” ujarnya. K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI