Sindiran hangat: Nukilan pedas Covid-19 Uyaina Arshad
Jika individu lain meluahkan rasa marah menerusi ciapan Twitter, berbeza pula caranya oleh Uyaina Arshad.
Pengacara Wanita Hari Ini mencuri perhatian umum dengan nukilan sinisnya bertajuk ‘PKP Lagi dan Lagi’ mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan situasi Covid-19 ketika ini.
Meluahkan segala persoalan dan rintihan termasuk mempertikai tahap disiplin rakyat mematuhi PKP, nukilan tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
Ada yang bersetuju dan terdapat juga turut mengecam mesej nukilan sinis tersebut.