fbpx

Anzalna rindukan dunia lakonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anzalna Nasir

PETALING JAYA – Tiga tahun tidak muncul dalam mana-mana drama tanah air, pelakon jeli­ta Anzalna Nasir tidak menafikan merindui dunia lakonan yang menjadi darah da­gingnya selama ini.

Pemilik nama sebenar, Nur Anzalna Md. Nasir, 33, itu bagaimanapun terpaksa me­ngorbankan perasaan dan karier bagi berlaku adil terhadap anak sulungnya serta pelakon lain.

Katanya, walau menerima banyak tawaran sejak bergelar ibu, dia belum bersedia untuk turun ke lokasi penggambaran memandangkan permata hati­nya, Mohamad Eidrees masih terlalu kecil.

“Anak kami baru nak mencecah dua tahun. Belum pun pandai bercakap, jadi bukan masanya untuk saya kembali berlakon drama atau filem yang mengambil masa panjang.

“Ikutkan ada saja tawaran termasuk ketika berpantang, tetapi daripada saya menyusahkan pelakon lain kerana mengejar waktu balik ke rumah, lebih baik saya simpan dulu hasrat itu.

“Menguruskan anak pula memang 100 peratus saya lakukan sendiri sejak Eidrees lahir. Susah untuk saya tinggalkan Eidrees dengan orang lain selagi belum pandai bercakap.

“Apa pun saya tak ralat menggalas tanggungjawab ini malah bersyukur membesarkan Eidrees depan mata. Biarlah orang lupa, asal anak tahu saya sentiasa ada untuk dia,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Anzalna yang juga isteri kepada ahli perniagaan, Hanif Zaki, itu kali terakhir beraksi di televisyen adalah menerusi drama bersiri Dendam Aurora sekitar 2018.

Begitupun, aktres yang dicungkil bakat menerusi pertandingan Dewi Remaja itu sudah giat kembali di arena komersial dengan bergelar duta beberapa produk.

Terbaharu, Anzalna bersama Eidrees dipilih sebagai wajah kempen kepada satu produk susu bayi.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI