fbpx

CITF kenal pasti punca tak tempah tapi dapat slot vaksin AstraZeneca

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (CITF) mengenal pasti punca sebilangan individu diberikan janji temu bagi menerima vaksin AstraZeneca walaupun tidak pernah membuat tempahan.

CITF dalam kenyataan berkata, siasatan awal mendapati beberapa slot vaksin AstraZeneca telah ditempah bagi pihak orang lain dalam jumlah yang banyak tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan individu terbabit.

Menurutnya, tempahan tersebut telah dilakukan menerusi beberapa alamat IP yang sama.

“Sehubungan itu, CITF telah menghubungi salah satu pihak yang telah membuat tempahan itu iaitu pihak SELangkah.

“SELangkah turut memaklumkan bahawa mereka telah membuat tempahan bagi slot AstraZeneca tanpa terlebih dahulu membuat semakan sama ada individu dalam pangkalan data ImuniSEL setuju untuk menerima vaksin AstraZeneca maka menggantikan janji temu yang telah diberi sebelum ini,” jelasnya di sini hari ini.

Menurut CITF,  SELangkah telah memberi jaminan untuk bekerjasama dengan CITF bagi menyelesaikan isu berbangkit ini dan memastikan bahawa individu yang terbabit akan mendapatkan balik janji temu yang sebelumnya.

“Kesulitan yang timbul ini akan diatasi sebaik mungkin,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI