fbpx

‘Pak Long Mail sayang kalian semua’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL SABRI

PETALING JAYA – ‘Stay safe (jaga diri), saya sayang kalian semua.’

Itulah pesanan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada semua rakyat Malaysia sebaik Pejabat Perdana Menteri mengumumkan pelaksanaan total lockdown bermula 1 hingga 14 Jun ini.

Katanya, keputusan itu juga mengambil kira suara serta cadangan rakyat yang mahu pelaksanaan ‘total lockdown’ seperti yang diluahkan di media sosial.

“YAB Perdana Menteri telah pun mengumumkan ‘total lockdown’ melibatkan Fasa Pertama bermula 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021.

“Kita mendengar, dan kita mahu yang terbaik buat rakyat. Kesihatan dan keselamatan rakyat adalah perkara penting yang akan terus diutamakan di negara ini. Stay Safe semua…saya sayang kalian semua,” katanya dalam status ringkas di laman Facebook rasmi miliknya sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI