SEBERANG PERAI – Seorang lelaki yang diburu polis berhubung kes melakukan sumbang mahram terhadap anak perempuannya sejak 12 tahun lalu dicekup polis di Bukit Tengah, Bukit Mertajam hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisiner Shafee Abd. Samad berkata, suspek berusia 45 tahun itu ditahan kira-kira pukul 4.45 petang tadi.
“Suspek akan direman esok bagi siasatan lanjut,” katanya kepada pemberita sebentar tadi.
Kosmo! Online hari ini melaporkan polis memburu seorang lelaki selepas seorang gadis berusia 18 tahun membuat laporan mendakwa bapa kandungnya memasukkan tangan ke dalam seluar dalam mangsa dalam kejadian di sebuah apartmen di Taman Seri Delima, Bukit Mertajam di sini, Selasa lalu.
Hasil siasatan polis mendapati suspek telah melakukan hubungan seks hampir setiap hari sejak mangsa berusia enam tahun di ruang tamu rumah mereka.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan. – K! ONLINE