fbpx

Hong Kong tawar 60,000 tiket penerbangan kepada individu sudah divaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak berkuasa tersebut akan memberikan 50,000 tiket penerbangan percuma kepada penduduk Hong Kong dan 10,000 lagi kepada petugas lapangan terbang. -Facebook International Airport

HONG KONG – Pihak Berkuasa Lapangan Terbang Hong Kong (AA) memberikan 60,000 tiket penerbangan percuma kepada individu yang sudah menerima suntikan vaksin Covid-19  sehingga hujung September, lapor laman berita Coconuts.co semalam.

AA membuat pengumuman itu dalam usaha untuk menggalakkan orang ramai mendapatkan pelalian.

Pihak berkuasa tersebut akan memberikan  50,000 tiket penerbangan  percuma kepada penduduk Hong Kong dan 10,000 lagi kepada petugas lapangan terbang.

“Kami berharap industri penerbangan akan pulih semula secepat mungkin. 

“Jumlah individu yang divaksin penting untuk pemulihan awal industri penerbangan,” kata Pengerusi AA, Jack So.

Biarpun program imunisasi bandar raya itu berjalan lancar dengan penduduknya boleh mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 di  hospital dan pusat komuniti secara percuma, masih ramai enggan disuntik kerana tidak percayakan pemerintah dan bimbangkan  kesan sampingan.

Angka kematian bagi individu yang sudah menerima vaksin juga dikongsi  meluas oleh media tempatan sekali gus menambahkan lagi perasaan skeptikal orang ramai  terhadap vaksin Covid-19.

Bagaimanapun, sehingga kini, belum ada kematian yang disahkan akibat vaksin Covid-19.

Kurang  20% populasi Hong Kong yang berjumlah 7.5 juta orang  telah menerima dos vaksin Covid-19 pertama mereka sehingga kelmarin manakala daripada jumlah itu, sebanyak 14 peratus telah divaksin sepenuhnya. 

Terdahulu, pemerintah dilaporkan menghubungi selebriti dan  pesohor media sosial untuk menjadi duta imunisasi Hong Kong.

Seorang pakar kesihatan mencadangkan bintang Cantopop terkenal iaitu Keung To dijadikan duta program vaksin memandangkan dia cukup digilai oleh anak muda. -Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI