fbpx

Myvi langgar motosikal di LKSA tular

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal dan sebuah kereta tular di Facebook sejak pagi tadi. - Foto MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Seorang penunggang motosikal cedera selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan sebuah kereta dalam satu kejadian di Plaza Tol Lebuh Raya Kemuning-Shah Alam (LKSA) hari ini.

Menerusi sebuah rakaman dashcam sebuah kenderaan berdurasi 21 saat yang memaparkan pelanggaran antara sebuah motosikal dan juga sebuah kereta Perodua Myvi yang dipercayai memandu dengan laju serta dipercayai tidak melihat cermin sisi ketika penunggang motor tersebut mula menukar lorong.

Rata-rata pengguna laman Facebook meluahkan rasa amarah terhadap pemandu kereta tersebut, seolah-olah cuai dan memandu tanpa berhati-hati.

“Ini bukan sebab laju, kalau pemandu tersebut memandu secara perlahan pun tetap dilanggar juga. Ini mesti berpunca kerana tidak lihat cermin sisi ataupun menggunakan telefon bimbit ketika memandu,” jelas Azham Aizad di laman Facebook.

Menurut seorang pengguna laman Facebook, Johari Abdul berkata, hanya disebabkan mahu berjimat untuk tidak membaiki cermin sisi, sekarang pemandu tersebut sudah pun mengalami kerugian dan ambil masa yang lama untuk selesaikan masalah ini.

“Tidak susah jika manfaatkan cermin sisi atau cermin pandang belakang. Pemandu hanya perlu toleh sikit kepala dan jika mahu tukar lorong, jangan secara tiba-tiba. Lihatlah, yang susah awak juga kerana malas,” balasnya.

“Satu perkara yang saya perasan mengenai kereta model baharu, kebanyakannya sudah dilengkapi dengan Amaran Titik Buta. Jadi, jika memandu kereta model yang lama, mohon pemandu lebih peka dengan keadaan sekeliling. Bila sudah kemalangan, gunakan alasan tidak perasan pula,” komen Amri Azmi di laman Facebook. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI