fbpx

535 kena pengawasan HSO di Kota Tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan P156 Parlimen Kota Tinggi yang digerakkan untuk turun membantu rakyat dalam kawasan parlimen Kota Tinggi yang diletakkan di bawah HSO.

KOTA TINGGI – Sehingga kelmarin seramai 535 individu daripada 322 keluarga dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi telah diletakkan di bawah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO).

Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata, jumlah tersebut diperolehi melalui data daripada pihak Pusat Kesihatan Kota Tinggi bermula daripada 12 Mei sehingga 26 Mei ini.

Katanya, susulan itu pihaknya telah menggerakkan pasukannya untuk membantu keluarga terlibat sejak semalam melalui bantuan barang keperluan harian.

“Saya telah pun menggerakkan pasukan P156 Parlimen Kota Tinggi untuk turun membantu rakyat dalam kawasan Parlimen Kota Tinggi yang telah pun diletakkan di bawah HSO.

“Sejak semalam sumbangan barangan keperluan asas telah pun disampaikan kepada 60 keluarga daripada 3 zon iaitu Zon Bandar, Sedili dan Johor Lama.

“Diharap mereka semua bersabar dengan dugaan ini dan laksanakan kuarantin kendiri,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Tambahnya, bantuan akan diteruskan setiap hari bagi meringankan beban penduduk terlibat.

Selain itu, Halimah turut memberikan sumbangan Telefon Bimbit Vivo V 21 dan Broadband Huawei B818 yang dilengkapi dengan talian telekomunikasi serta alat pengecas bateri bagi memenuhi keperluan tambahan petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 yang bertempat di Dewan Jubli Intan, Kota Tinggi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI