fbpx

Kontak rapat sahabat sendiri, Usop tak jadi balik KL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
USOP

PETALING JAYA – Malang tidak berbau, penyanyi Usop terpaksa menangguhkan perancangan untuk pulang ke ibu kota bagi meneruskan kerja selepas menjadi kontak rapat Covid-19 kepada seorang rakannya.

Usop atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim Muhammad Noor ketika dihubungi Kosmo! Online berkata, dia kemudian melakukan ujian calitan sejurus dimaklumkan rakannya positif sebelum diberikan gelang berwarna merah jambu dan diarahkan menjalani kuarantin.

“Saya jumpa dengan kawan dua hari lepas, tetapi dia tak cakap waktu itu dia demam. Jadi tanpa berlengah, saya pun pergi lakukan ujian calitan bersama abang. Sudahnya, kami berdua diarahkan jalani kuarantin di rumah sehingga menunggu keputusan keluar,” ujarnya.

Usop kini berada di kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas terpaksa pulang ke sana sehari sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di seluruh negara pada Mac lalu.

Tambah pelantun lagu Selamanya itu, dia perlu menjalani tempoh kuarantin sehingga 2 Jun depan sebelum keputusan ujian calitannya dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Serabut jugaklah sebab tak boleh buat apa-apa dan pergi ke mana pun waktu kuarantin. Kalau diikutkan, saya sepatutnya pulang ke ibu kota pada minggu ini untuk urusan proses rakaman lagu baharu dan persembahan.

“Tapi tak boleh buat apa. Kena tunggu keputusan keluar dulu. Mungkin saya akan habiskan masa dengan nyanyi lagu ‘cover’ dalam tempoh kuarantin ini,” ujarnya yang bagaimanapun tidak mengalami sebarang gejala.

Meskipun kecewa kerana tidak dapat pulang ke Kuala Lumpur untuk meneruskan kerja yang sudah dijadualkan, namun pada masa sama penyanyi itu memohon doa daripada peminatnya agar dihindari daripada penyakit berbahaya tersebut.

“Buat masa sekarang, saya tiada sebarang simptom. Duduk dalam bilik saja. Stres juga. Doakan saya baik-baik sahaja dan dimudahkan segala urusan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI