fbpx

19 tan ikan aji-aji sejuk beku dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada isi ikan aji-aji sejuk beku yang dirampas di NBCT di Butterworth semalam.

SEBERANG PERAI – Lebih 19 tan isi ikan aji-aji sejuk beku disita selepas Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) melakukan pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), Butterworth di sini semalam.

Maqis negeri dalam satu kenyataan hari ini berkata, operasi kira-kira pukul 5.45 petang itu mendapati produk dari China berkenaan adalah berbeza dengan komoditi yang diisytihar pada Permit Import yang dikeluarkan pihaknya.

“Sebuah kontena yang cuba membawa masuk produk sejuk beku isi ikan amberjack (aji-aji) ditahan.

“Kontena berkenaan mengandungi 1,679 kotak ikan sejuk beku seberat 19,308.5 kilogram yang dianggarkan bernilai lebih RM56,570,” kata kenyataan itu hari ini.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI