fbpx

Janji temu AstraZeneca sedang diberikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AstraZeneca - Foto AFP

PETALING JAYA – Orang ramai masih berpeluang mendapatkan slot penerimaan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 melalui Twitter hari ini memaklumkan janji temu bagi vaksin AstraZeneca pusingan kedua masih sedang diberikan.

Difahamkan, pendaftar vaksin akan menerima notifikasi di aplikasi MySejahtera atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam masa terdekat untuk pengesahan temu janji

Orang ramai juga boleh menyemak status pemberian vaksin di laman web rasmi vaksincovid.gov.my.

Semalam, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin Abu Bakar memaklumkan vaksin AstraZeneca tidak lagi akan ditawarkan secara sukarela, sebaliknya akan dimasukkan kembali ke dalam senarai Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI