fbpx

Pegawai KPDNHEP Terengganu pantau had masa pengguna membeli-belah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai KPDNHEP (kiri) memeriksa had masa seorang pelanggan menerusi aplikasi MySejahtera di sebuah pasar raya di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Penggguna (KPDNHEP) Terengganu mengingatkan masyarakat agar mematuhi peraturan had dua jam berada di premis perniagaan.

Pengarah KPDNHEP, Saharuddin Mohd. Kia berkata, seramai 115 pegawai penguat kuasa agensi tersebut telah ditugaskan untuk memantau kepatuhan awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) baharu itu pada setiap hari.

Beliau berkata, pemantauan tersebut dilakukan di premis perniagaan tumpuan ramai seperti kompleks membeli-belah, pasar raya, pasar tani dan pasar awam yang terdapat seluruh negeri ini.

“Pemantuan itu dilakukan secara bersepadu bersama agensi-agensi lain seperti Kementerian Kesihatan, Polis Diraja Malaysia dan pihak berkuasa tempatan mulai Rabu lalu.

“Orang ramai hanya boleh berada di premis perniagaan terbabit dalam tempoh maksimum dua jam bagi setiap transaksi dalam usaha untuk  mengurangkan risiko penularan Covid-19,” katanya di sini hari ini.

Saharuddin berkata, kegagalan untuk mematuhi SOP tersebut boleh menyebabkan individu terbabit dikenakan kompaun sebanyak RM2,000.

Begitupun, beliau memberitahu ini, tiada sebarang kompaun berhubung pelanggaran SOP had masa dua jam berada di premis perniagaan dikeluarkan di Terengganu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI