fbpx

Usia bawah 21 tahun lebih terdedah kepada varian India

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINTIS mendapati golongan muda di bawah usia 21 tahun lebih berisiko dijangkiti varian India. – AFP

LONDON – Pakar-pakar kesihatan mendedahkan bahawa individu berumur bawah 21 tahun lebih terdedah kepada risiko dijangkiti wabak Covid-19 varian India, lapor akhbar Mirror UK kelmarin.

Pakar Penyakit Berjangkit Kolej Imperial London, Profesor Neil Ferguson berkata, sejumlah data yang dianalisis menunjukkan varian India tersebar dengan lebih pantas dalam kalangan golongan muda.

“Terdapat petunjuk yang me­ngatakan bahawa mereka yang berumur di bawah 21 tahun lebih berisiko dijangkiti varian tersebut berbanding varian lain di Britain,” katanya.

Kes varian India kini menunjukkan peningkatan di Britain termasuk di kawasan seperti Kirklees, Bedford, Burnley, Leicester, Hounslow, Tyneside Utara, Bolton serta Blackburn.

Varian itu dijangka menjadi varian dominan di Britain dan dilihat bakal menggantikan varian Kent.

Saintis-saintis pada masa ini masih memantau data untuk mengetahui tahap kebolehjangkitan varian India.

Jangkaan sebelum ini menetapkan bahawa varian tersebut adalah 20 peratus hingga 30 peratus lebih mudah merebak berbanding virus Covid-19 sedia ada .

Sekiranya data yang dijangka keluar pada hujung minggu ini menunjukkan kadar kebolehjangkitan dan penularan varian India adalah jauh lebih tinggi, keputusan kerajaan Britain untuk menamatkan sekatan koronavirus pada 21 Jun ini mungkin akan ditangguhkan.

Penduduk berusia bawah 21 tahun menjadi kumpulan terakhir menerima suntikan vaksin Covid-19 di Britain pada akhir Julai ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI