fbpx

Pemain PUBG terdedah jadi mangsa tipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Permainan PUBG membuka peluang kepada pemain untuk berinteraksi dengan pemain yang lain.

KUALA LUMPUR – Permainan dalam talian Player Unknown’s Battleground (PUBG) yang menjadi kegilaan ramai berpotensi menjadi salah satu platform sindiket penipuan memanipulasi mangsa terutamanya golongan remaja.

Pensyarah Psikologi Klinikal, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Hilwa Abdullah @ Mohd. Nor berkata, permainan itu membuka peluang kepada pemainnya untuk berkenalan dan berinteraksi dengan pemain lain.

PUBG adalah permainan video online dalam telefon pintar yang dimainkan secara berkumpulan.

“Keadaan itu membolehkan pemainnya dimanipulasi oleh mereka yang berniat tidak baik termasuk untuk tujuan menipu.

“Dari segi psikologi, penipu akan mengambil hati mangsa dengan mengetahui hobi atau aktiviti kegemaran mangsa, kerana tidak semua orang memahami hobi atau minat seseorang,” katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurut Dr. Hilwa, penipu akan menanamkan kepercayaan sebelum mengambil kesempatan ke atas mangsa-mangsa mereka.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, remaja yang kurang mendapat perhatian daripada keluarga dan rakan-rakan lebih terdedah untuk mempercayai orang luar yang tidak pernah dikenali mereka sebelum ini.

“Scammer (penipu) juga akan cuba menonjolkan ciri-ciri idaman mangsa, apatah lagi bagi remaja yang sedang mengalami perubahan hormon dalam badan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI