fbpx

Safe@Work imbangi operasi perkilangan dengan Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyambut baik inisiatif Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu dikenali sebagai Safe@Work bagi mengimbangi kelangsungan operasi perkilangan dengan pengawalan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ia seperti penubuhan pasukan kecemasan Covid-19 oleh pihak syarikat, sanitasi berkala premis dan memastikan penginapan selesa bagi pekerja.

Katanya, majikan disaran proaktif dalam memastikan langkah-langkah pencegahan penularan Covid-19, manakala bagi pekerja adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan.

“Kerjasama semua pihak amat diperlukan bagi memastikan tempat kerja dan penginapan pekerja berada dalam keadaan yang kondusif dan selamat untuk digunakan dan ini akan mengurangkan risiko jangkitan Covid-19 dan juga lain-lain jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Noor Hisham memaklumkan sejak 25 Januari tahun lepas sehingga semalam, sebanyak 1,085 kluster tempat kerja dengan 129,322 kes dikesan.

Katanya, bagi tempoh 1 April lalu hingga semalam, sebanyak 287 kluster tempat kerja dengan 17,087 kes dikenal pasti dan 233 daripadanya masih aktif melibatkan sejumlah 16,785 kes.

“Tiga negeri melaporkan jumlah kluster tempat kerja tertinggi iaitu Selangor dengan 74 kluster (25.78 peratus), Johor dengan 53 kluster (18.47 peratus) dan Pulau Pinang dengan 31 kluster (10.80 peratus).

“Analisis terperinci sub-kategori tempat kerja mendapati sektor pengilangan melaporkan bilangan kluster tertinggi berbanding sub-kategori lain, iaitu sebanyak 132 kluster (46 peratus) dalam tempoh sama, diikuti sektor perkhidmatan dengan 57 kluster (20 peratus),” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI