fbpx

[KEMASKINI] Mangsa maut dalam kemalangan di AKLEH dikenal pasti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa yang sedang bertugas mengawal lalu lintas maut selepas dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan./FOTO IHSAN JSPT KL

KUALA LUMPUR – Polis mengesahkan mangsa yang maut susulan kemalangan di Kilometer 5.7 Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) petang tadi merupakan peronda lebuh raya tersebut yang sedang bertugas mengawal lalu lintas selepas sebuah kenderaan terbabas.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, mangsa, Azman Junin, 55, sedang menjalankan tugas mengawal lalu lintas di lokasi sebelum dirempuh sebuah kereta yang hilang kawalan.

“Dalam kejadian kira-kira pukul 5.45 petang itu, si mati bersama seorang rakannya sedang mengawal lalu lintas selepas sebuah kereta terbabas sambil dibantu oleh tiga lagi orang awam yang turut memberhentikan kereta di bahu kiri jalan.

“Kemudian, sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Hyundai Tucson yang dipandu di lorong kanan secara tiba-tiba telah hilang kawalan dan merempuh kesemua lima kereta yang sedia berhenti di bahu kiri jalan,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zulkefly, rempuhan tersebut telah mengakibatkan beberapa orang mangsa mengalami kecederaan termasuk seorang daripada mereka meninggal dunia.

“Seorang mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pihak ambulans Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan seterusnya membawa jenazah ke hospital untuk proses bedah siasat yang dijangka akan dijalankan selepas saringan Covid-19 selesai.

“Siasatan berhubung kejadian masih diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. -K!ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI