fbpx

Syafiq sedia jadi penggempur berbisa skuad negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SYAFIQ (tengah) sedia mengemudi jentera serangan Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Bahrain di Stadium Nasional, Riffa awal pagi esok.

PENYERANG sensasi negara, Syafiq Ahmad bersedia mengemudi jentera serangan Harimau Malaya menjelang aksi persahabatan antarabangsa menentang Bahrain selepas khidmat pemain naturalisasi, Guilherme de Paula masih belum boleh digunakan.

Difahamkan, De Paula terpaksa menunggu untuk membuat debut antarabangsa pertama bersama skuad kendalian Tan Cheng Hoe kerana hanya mendapat ‘lampu hijau’ daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) bermula 1 Jun depan.

Kata Syafiq, ketiadaan penye­rang kelahiran Brazil itu berkemungkinan membuka peluang buatnya untuk diletakkan dalam kesebelasan utama sekali gus menambat hati Cheng Hoe sebelum mengharungi kempen kela­yakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 minggu depan.

“Kita semua tahu De Paula merupakan penyerang yang berkualiti dan telah beraksi lama pada Liga Malaysia (Liga M). Namun, jika dia tidak diturunkan pada aksi bertemu Bahrain, sudah tentu akan ada ruang buat pemain lain mengisi kekosongan tersebut.

“Jika saya diberi peluang, sudah tentu itu adalah masa untuk saya membuktikan semula keupayaan saya di pentas antarabangsa dan saya berjanji akan memberi sepenuh tenaga di atas padang nanti.

“Apa yang pasti, tidak kira siapa sahaja yang diturunkan, pemain perlu mempamerkan semangat kerana Bahrain adalah ujian terakhir sebelum cabaran sebenar bermula nanti,” katanya pada sidang akhbar secara virtual semalam.

Sementara itu, Syafiq turut mengakui masih bergelumang dengan emosi apabila terlibat dalam insiden kemalangan ngeri yang meragut nyawa ibu mertua dan bayi perempuannya pada Disember tahun lepas.

“Sukar untuk saya lupakan insiden tersebut, namun, saya selalu bercakap dengan individu yang berpandangan positif bahawa ia adalah takdir dan sebahagian daripada perjalanan hidup saya.

“Kini, saya akui sedikit seba­nyak pengalaman tersebut hilang daripada ingatan setiap kali bermain di atas padang dan ketika ini fokus utama hanyalah untuk Harimau Malaya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI