SELEPAS kedua-duanya mengesahkan sedang menjalin hubungan cinta, pasangan selebriti Lee Seung-gi dan Lee Da-in dikhabarkan bakal berkahwin tidak lama lagi.
Memetik laporan Soompi, perhubungan mereka mula serius sejak tahun lalu.
Paling menarik, Da-in dikatakan sudah bertemu nenek Seung-gi dan kedua-dua mereka dilihat lebih terbuka bercerita mengenai hubungan istimewa.
Sejak Mac lalu, timbul gosip kononnya pasangan itu sedang melakukan persiapan untuk berkahwin, bagaimanapun kedua-duanya tidak mengulas lanjut mengenai khabar angin tersebut.
Gosip tentang pertemuan bersama ahli keluarga menguatkan lagi spekulasi bahawa mereka sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
Seung-gi pernah menjalinkan hubungan dengan anggota Girls Generation, Yoona, namun hubungan mereka berakhir pada Ogos 2015.