fbpx

Tielemans dalam radar Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIELEMANS dilaporkan menjadi sasaran Liverpool yang mahu menjadikannya pengganti kepada Wijnaldum. – AFP

LONDON – Liverpool dilaporkan mempertimbangkan cadangan untuk mendapatkan khidmat pemain Leicester City, Youri Tielemans sebagai pengganti kepada Gini Wijnaldum yang akan meninggalkan pasukan itu.

Wijnaldum bakal menamatkan kontraknya bersama Li­verpool penghujung Jun ini selepas menyertai pasukan itu sejak lima tahun lalu dan bakal berhijrah ke Barcelona secara percuma.

Tielemans mempunyai baki kontrak selama dua tahun bersama The Foxes yang berjaya meledak gol tunggal perlawanan ketika menjulang Piala FA menewaskan Chelsea musim ini.

Pemain berusia 24 tahun itu dilihat meraikan kejayaan berke­naan dengan cukup emosi menyebabkan beberapa pemerhati berpendapat ia adalah hadiah terakhir Tielemans buat Leicester sebelum berhijrah.

Namanya dikaitkan dengan Manchester United sebelum ini selain beberapa gergasi Eropah khususnya dari Sepanyol turut mengintai peluang untuk mendapatkan khidmatnya musim panas nanti.

Musim ini menyaksikan tidak ada pemain Leicester lain yang menyamai jumlah penampilan Tielemans dan hanya dia terlepas 62 minit sahaja aksi dalam semua kejohanan.
Dia turut menerima anugerah pemain terbaik kelab itu yang diundi oleh para peminat dan rakan sepasukan selepas berjaya mempamerkan aksi yang konsisten. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI