fbpx

Donnarumma sah tinggalkan Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DONNARUMMA bakal menyertai pasukan baharu musim depan selepas memutuskan untuk tidak menyambung kontrak di San Siro. – AFP

MILAN – Pengarah Sukan ACMilan, Paolo Maldini mengesahkan bahawa penjaga gol mereka, Gianluigi Donnarumma bakal meninggalkan pasukan itu secara percuma penghujung musim ini.

Jangkaan Donnarumma me­ning­gal­kan Milan sudah dapat diagak selepas kontraknya ber­akhir musim ini dan Milan pula dikatakan semakin hampir untuk mendapatkan khidmat penjaga gol Lille, Mike Maignan yang dilaporkan sudah menjalani ujian perubatan.

Walaupun bertekad untuk meng­akhiri karier di Milan, namun hala tuju Donnarumma masih belum jelas biarpun beberapa pasukan seperti Juventus, Manchester United dan Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmatnya.

“Saya fikir kita patut meng­ucapkan terima kasih kepada semua pemain yang memberikan sumbangan untuk musim yang sangat menakjubkan ini.

“Gigio adalah seorang pe­mimpin dan dia juga adakalanya mengemudi pasukan ini sebagai kapten. Kadang kala orang meng­anggap untuk menjadi profesional, seseorang pemain perlu menukar kelab.

“Ia sukar untuk diterima pada saya tetapi dalam dunia bola sepak sekarang sukar untuk mencari pemain yang kekal de­ngan satu kelab sepanjang karier mereka.

“Kita perlu memberi penghormatan kepada mereka yang telah memberikan sumbangan untuk Milan. Adakalanya anda perlu berubah angin dan saya berharap Donnarumma akan terus berjaya di masa akan datang,” kata Maldini.

Spekulasi perpindahan Donna­rumma sebelum ini me­nimbulkan kemarahan penyokong apabila dia dikatakan enggan menandatangani kontrak baharu untuk menyertai Juventus secara percuma. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI