fbpx

Slot janji temu suntikan vaksin pengamal media awal Jun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Pengamal media akan diberi slot janji temu suntikan dos pertama vaksin Covid-19 bermula minggu pertama bulan depan.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin pada sidang akhbar secara dalam talian, hari ini.

Khairy berkata, beliau turut mengesahkan sudah menandatangani dokumen mengandungi senarai
pengamal media yang akan menerima vaksin itu, hari ini.

“Saya dah sign (tandangan) senarai itu tadi (hari ini),” katanya.

Jelasnya, pengamal media akan mula diberi slot janji temu bagi mendapatkan vaksin berkenaan awal bulan depan.

Ditanya berkenaan kedudukan pengamal media yang sudah menerima slot janji temu suntikan vaksin AstraZeneca sebelum ini, Khairy berkata, beliau mahu supaya mereka kekal dengan slot janji temu itu.

“Saya minta mereka kekal dengan janji temu suntikan itu bagi yang sudah mendapat slot suntikan AstraZeneca,” katanya.

Sebelum ini, Khairy mengesahkan seramai 5,867 pengamal media membabitkan 144 agensi media berdaftar di seluruh negara akan diberi slot suntikan vaksin Covid-19.

Beliau dilaporkan berkata, agihan vaksin itu selari dengan keputusan kerajaan untuk melindungi mereka di barisan hadapan termasuk mendahulukan pengamal media. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI