fbpx

233 kluster tempat kerja masih aktif

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 233 kluster tempat kerja atau 39 peratus daripada 593 kluster yang masih aktif dikesan sehingga semalam, melibatkan sebanyak 16,785 kes aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang berkuatkuasa pada 12 Mei, beberapa sekatan dan penutupan sektor telah dibuat termasuk arahan bekerja dari rumah.

Menurutnya, arahan bekerja dari rumah telah dilaksanakan semasa PKP 3.0 dan diperketatkan mulai 25 Mei manakala, setakat ini sektor ekonomi masih dibenarkan beroperasi.

“Jika dibandingkan dengan sebelum pelaksanaan PKP 3.0, terdapat pengurangan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster pentadbiran awam, pembinaan dan perkhidmatan.

“Namun dapat diperhatikan terdapat pula peningkatan bilangan sub-kluster yang dilaporkan setiap minggu bagi sub-kluster pembuatan iaitu 14 kluster dalam seminggu sebelum PKP 3.0, berbanding 21 hingga 25 dalam seminggu selepas PKP 3.0,” katanya pada laman sosial Facebooknya hari ini.

Sehubungan itu, katanya, Kementerian Kesihatan menyeru semua pekerja untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di tempat kerja untuk mengurangkan risiko jangkitan di tempat kerja.

“Majikan juga perlu memainkan peranan penting mereka bagi memastikan segala SOP dipatuhi di tempat kerja,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI