fbpx

Nafi ada kegiatan tidak bermoral di PKRC Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azman menunjukkan laporan sebuah portal yang mendakwa berlaku kes persetubuhan luar nikah dan vandalisme di PKRC di negeri di Kelantan.-Foto ZULHANIFA SIDEK

KOTA BHARU – Pengarah Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Kelantan, Dr. Mohd. Azman Yacob menafikan laporan sebuah stesen televisyen menerusi portalnya yang mendakwa berlaku kes persetubuhan luar nikah dan kegiatan laku musnah atau vandalisme di PKRC di negeri ini.

Beliau berkata, setakat ini, kegiatan yang tidak bermoral itu tidak berlaku di PKRC di Kelantan.

“Saya menafikan laporan itu kerana semua PKRC yang dibuka hanya menempatkan satu jantina sahaja.

“Di Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Kubang Kerian misalnya hanya menempatkan pesakit lelaki manakala di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik), Pengkalan Chepa pula untuk pesakit wanita, ” katanya ketika ditemui pemberita di PKRC Dewan Jubli Perak di sini hari ini.

Terdahulu, sebuah stesen televisyen swasta menerusi portalnya semalam melaporkan perbuatan vandalisme dan masalah sosial termasuk penghuni melakukan persetubuhan luar nikah adalah antara kesalahan yang dikesan di PKRC di Kelantan.

Menurut laporan itu, terdapat juga kes penghuni melarikan diri sebelum tamat tempoh kuarantin.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI