fbpx

16 premis judi haram di SPU diserbu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wang tunai dan peralatan dipercayai berkaitan judi loteri awam haram yang dirampas semasa serbuan di daerah SPU semalam.

SEBERANG PERAI – Sebanyak 16 premis yang didapati dijadikan tempat melakukan kegiatan perjudian haram di sekitar daerah Seberang Perai Utara (SPU) digempur dalam operasi selama dua hari sehingga semalam.

Operasi yang disertai 59 termasuk pegawai dan anggota dari Bahagian Maksiat, Judi dan Kongsi Gelap (D7) itu membabitkan kawasan di Butterworth, Mak Mandin, Tasek Gelugor, Telok Ayer Tawar dan Kepala Batas.

Ketua Polis Daerah SPU, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, pihaknya menahan seramai 16 individu berusia 19 hingga 60 tahun termasuk enam wanita pada operasi terbabit.

“Mereka disyaki terlibat dalam kegiatan judi loteri awam haram tanpa lesen dan perjudian online.

“Polis turut merampas beberapa peralatan seperti alat tulis, slip kertas tertera angka-angka disyaki berkaitan judi loteri awam haram, alat pencetak, telefon bimbit dan wang tunai bercampur-campur,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 4A(A) dan Seksyen 4(1)(C) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI