fbpx

20 lelaki termasuk remaja dicekup buat bising, biadap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular seorang remaja yang ditegur kerana bersikap biadap terhadap seorang Ketua Kampung.

KUALA LANGAT – Perbuatan biadap sekumpulan lelaki termasuk remaja membuat bising dengan menunggang motosikal di Jalan Kampung Sungai Kelambu, dekat sini memakan diri apabila dicekup polis, semalam.

Mereka juga dikatakan bertindak dengan mengeluarkan kata kesat kepada Ketua Kampung yang hadir di lokasi kejadian dan dianggap tidak menghormati orang tua.

Insiden itu kemudiannya tular menerusi video berdurasi 2 minit 27 saat dengan memaparkan seorang lelaki menegur perbuatan remaja tersebut.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor @ Saleh berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung kegiatan kumpulan penunggang motosikal tersebut pukul 5.30 petang semalam.

“Bertindak maklumkan, unit kereta polis peronda (MPV) dan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) ini telah bergegas ke lokasi kejadian sebelum menahan 20 individu bersama 20 buah motosikal ditunggangi mereka.

“Kesemua yang ditahan termasuk tiga perempuan itu berusia 14 hingga 21 tahun dengan dibantu Jawatankuasa Keselamatan Kampung,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.-K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI