fbpx

Sorok RM1.3 juta arak tidak bercukai dalam stor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozasin (dua dari kiri) menunjukkan antara minuman keras dirampas dalam serbuan di sebuah stor syarikat arak di Taman Cahaya Baru, Yong Peng, Batu Pahat, Johor, kelmarin.

BATU PAHAT – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket arak tidak berlesen di daerah ini susulan rampasan minuman keras bernilai RM1.3 juta, di Taman Cahaya Baru, Yong Peng, di sini, kelmarin.

Dalam serbuan Op Kontraban oleh sepasukan polis dari Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bakri Muar itu, seorang lelaki warga tempatan yang dipercayai merupakan penjaga stor berusia 41 tahun turut ditahan.

Pegawai Pemerintah Batalion 6 PGA, Superintendan Rozasin Ramlan berkata, dalam serbuan pukul 10.15 pagi itu, pihaknya telah merampas 854 kotak arak pelbagai jenama menggunakan setem cukai Kastam yang dipercayai palsu.

Katanya, sebanyak 21,470 botol melibatkan 9,746 liter lingkungan 33 peratus hingga 40 peratus kandungan alkohol ditemui dalam sebuah stor syarikat yang menjual arak.

“Kami percaya terdapat lagi saki-baki sindiket yang masih bebas dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

“Manakala suspek yang ditahan pula direman selama sehari di bawah Seksyen 135 (1) Akta Kastam 1967,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI