PETALING JAYA – Penyanyi dan juga pelakon Farahdhiya sekali lagi diganggu peminat ‘gila’ dalam Instagramnya apabila diajak untuk berkahwin oleh seorang lelaki tidak dikenalinya.
Menerusi satu hantaran dalam InstaStory, penyanyi yang popular dengan lagu Bertakhta Di Hati itu berkongsi tangkap layar berupa mesej lamaran yang dikirim lelaki bernama Taufik menerusi Instagram.
“Love you (Sayang awak). Saya nak kahwin dengan awak boleh? Saya peminat awak. Nama saya Taufik,” tulis peminat misteri tersebut,
Ekoran sudah tidak tahan dengan gangguan seumpama itu, Farahdhiya atau nama sebenarnya Farahdhiya Mohd Amin, 37, berharap supaya pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan hari ini segera berakhir kerana makin ramai orang tidak betul (gila).
“Cepat-cepatlah negara kita habis PKP. Cepat sembuh! Sebab makin ramai orang yang tidak betul. Dapat mesej orang ajak kahwin. Dulu tidak seteruk ini. Seram!” tulisnya dalam InstaStory.
Sebelum ini, Farahdhiya ada membuat kenyataan bahawa dia tidak akan teragak-agak untuk membuat laporan polis sekiranya dia masih diganggu dengan mesej-mesej berbaur lucah oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya.
Ujarnya, selain diganggu dengan mesej-mesej tidak menyenangkan, dia juga kerap menerima kiriman gambar tidak senonoh berupa kemaluan lelaki. -K! ONLINE