fbpx

BDR bukan cuti daripada tugas – KPPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairul Adib berucap pada perhimpunan bulanan JPA bulan Mei dan prapelancaran modul OD HRMIS secara maya melalui FB JPA, hari ini.

PUTRAJAYA – Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA), Tan Sri Mohd. Khairul Adib Abd Rahman mengingatkan penjawat awam supaya tidak menganggap bekerja dari rumah (BDR) sebagai alasan bercuti daripada tugas.

Beliau berkata, semua kakitangan kerajaan perlulah berada di stesen masing-masing dalam tempoh arahan pelaksanaan BDR sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. yang berkuat kuasa ketika ini.

“Jika ikutkan garis panduan yang dikeluarkan, kita sebenarnya masih bertugas walaupun di rumah dan bukannya bercuti, jadi tugas-tugas yang dilakukan di pejabat boleh dibawa ke rumah untuk dilaksanakan.

“Apabila penjawat awam berada di rumah, mereka juga tidak seharusnya meninggalkan stesen masing-masing sebagaimana ketika di pejabat,” katanya sempena perhimpunan bulanan JPA bulan Mei dan prapelancaran modul OD HRMIS secara maya melalui FB Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) hari ini.

Mohd. Khairul Adib berkata, penjawat awam juga diingatkan untuk mendapatkan kebenaran daripada Ketua Jabatan masing-masing jika terdapat keperluan untuk keluar. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI