PUTRAJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menyeru masyarakat bagi penglibatan sebagai sukarelawan kesihatan untuk membantu kementerian tersebut dalam menangani pandemik Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsiannya pada Facebook, tenaga sukarelawan ini amat diperlukan bagi meringankan beban dipikul petugas-petugas kesihatan KKM di seluruh negara.
Berdasarkan poster yang dikongsikan beliau, syarat ditetapkan untuk menjadi sukarelawan tersebut iaitu berusia 18 hingga 60 tahun, sihat dan cergas secara fizikal dan mental, tidak mengandung bagi wanita serta telah mendapat kebenaran dari majikan bagi yang bekerja.
“Selain itu, mereka bukan anggota KKM, sanggup bertugas di lokasi yang memerlukan serta tiada sejarah kontak rapat dengan kes Covid-19 dalam masa 14 hari,” menurut maklumat yang dikongsikan beliau di sini hari ini.
Dalam pada itu, jawatan yang diperlukan ialah pegawai perubatan, pegawai pergigian, penolong pegawai perubatan, jururawat, pegawai kesihatan persekitaran, penolong pegawai kesihatan persekitaran dan juruteknologi makmal perubatan.
Mereka yang ingin berbakti sebagai sukarelawan, boleh melengkapkan borang di pautan https://forms.gle/ktiuH2mjRePBCZLm9 manakala sebarang pertanyaan lanjut, boleh mengemukakan e-mel kepada [email protected]!ONLINE