fbpx

Penganggur didakwa tipu tuntutan insurans

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammed Fairus (kanan) dibawa keluar di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.-Foto ZULFACHRI ZULKIFLI

IPOH – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu syarikat insurans berhubung tuntutan insurans kemalangan jalan raya, dua tahun lalu.

Muhammed Fairus Mohammad Ali Raminidass, 36, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Mengikut pertuduhan, lelaki yang juga penganggur itu didakwa menipu syarikat insurans dengan memperdayakan syarikat itu melalui tuntutan insurans kemalangan jalan raya palsu yang dikemukakannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh di Syarikat Zurich Insurance Malaysia Berhad, Wisma MAA Persiaran Greenhill di Ipoh pada 8 Mei 2019.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Muhammed Fairus diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan tarikh sebutan semula kes pada 28 Jun depan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI