fbpx

54 dikompaun di Putrajaya sejak PKP 3.0

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Fadzil (dua kanan) bertanya sesuatu kepada seorang pelanggan ketika melakukan pemantauan pematuhan SOP di Presint 15, Putrajaya, malam tadi.

PUTRAJAYA – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya mengeluarkan 54 kompaun setakat semalam sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bermula 12 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd. Fadzil Ali berkata, sebanyak 39 kompaun dikeluarkan terhadap individu bagi kesalahan kategori satu iaitu merentas daerah dan negeri dan melanggar perintah kuarantin.

Beliau berkata, satu kompaun dikenakan bagi kategori dua iaitu menganjurkan aktiviti yang menyebabkan kehadiran orang ramai sehingga menyukarkan penjarakan fizikal.

“Selain itu, sebanyak 14 individu dikompaun bagi kesalahan kategori tiga iaitu tidak memakai pelitup muka dan gagal daftar masuk menerusi kod QR MySejahtera,” katanya selepas mengadakan tinjauan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) diperketatkan di di Jalan Diplomatik Presint 15, di sini malam tadi.

Mohd. Fadzil berkata, secara keseluruhan, tahap pematuhan masyarakat di Putrajaya memuaskan ekoran tahap kefahaman yang tinggi dan jelas dengan arahan terkini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI