fbpx

Jung-kook BTS berlapar lima hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JUNG-KOOK

PENYANYI Jung-kook membuat pendedahan mengejutkan peminat apabila mengakui sanggup berlapar selama lima hari berturut-turut demi menurunkan berat badannya.

Perkara berkenaan didedahkan pelantun lagu Still With You itu ketika muncul bersama anggota kumpulan BTS menerusi siaran langsung V LIVE.

Meskipun mungkin ada yang tidak mengetahui, ironinya berat badan Jung-kook banyak berubah sempena promosi lagu baharu kumpulannya, Butter.

Ketika menonton video muzik lagu tersebut, Jung-kook mendedahkan dia tidak makan selama lima hari.

“Pada waktu itu, saya langsung tidak makan selama lima hari. Saya cuma minum air dalam tempoh tersebut,” katanya.

Biarpun mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat yang rata-ratanya bersetuju dia tidak perlu untuk menurunkan berat badan, namun ada yang memuji tahap dedikasi penyanyi itu.

“Lima hari tidak makan apa-apa? Dia memang hebat,” kata seorang peminat.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI