fbpx

UniSZA cerap fenomena gerhana bulan penuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Imej fenomena gerhana matahari yang dirakam Pengarah Pusat Antarabangsa, Anuar Abdullah McAfee di Kuala Nerus malam ini.

SETIU – Kelab Astronomi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dengan kerjasama Institut Pengajian Alam Sekitar Pantai Timur (ESERI) mengadakan program cerapan fenomena gerhana bulan penuh Perigee dengan Super Flower Blood Moon hari ini.

Penyelidik UniSZA, Prof. Roslan Umar berkata, program cerapan itu diadakan di Balai Cerapan UniSZA di Merang di sini dari pukul 6.30 petang hingga 9.49 malam.

Beliau berkata, fenomena tersebut berlangsung selama dua jam 34 minit bermula dari fasa gerhana bulan penuh, gerhana bulan separa dan gerhana bulan penumbra.

“Keadaan awan tebal menyukarkan imej cerapan fenomena gerhana bulan penuh Perigee dengan Super Flower Blood Moon diambil sepenuhnya di Balai Cerapan UniSZA, Merang.

“Begitupun imej lebih baik dapat diambil Pengarah Pusat Antarabangsa UniSZA, Anuar Abdullah Mc Afee di Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Roslan berkata, fenomena gerhana bulan kali ini merupakan fasa bulan purnama perigee iaitu kedudukan bulan penuh yang hampir dengan bumi.

Tambah beliau, ia juga digelar Flower Blood Moon kerana berlaku pada bulan Mei yang biasanya musim bunga di Amerika Syarikat dan berwarna merah kerana ketiadaan pantulan cahaya dari matahari.

“Orang Islam digalakkan berzikir dan menunaikan solat sunat gerhana. Menariknya, fenomena gerhana bulan ini mampu menangkis hujah kononnya permukaan bumi ini rata.

“Ia kerana sewaktu bulan keluar dari bayang bumi ketika gerhana ini, kita boleh nampak rupa bentuk bayang bumi adalah bulat,” katanya.

Roslan berkata, fenomena gerhana bulan penuh Perigee dengan Super Flower Blood Moon itu juga membolehkan saintis melakukan kajian kesan gerhana terhadap alam semulajadi, menyemak ketepatan masa terbit dan terbenam matahari dan bulan serta astrofotografi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI