“WALAUPUN perjalanan untuk sampai ke sini agak jauh, kami tetap hadir bagi membolehkan ikan-ikan laga kami menyertai pertandingan ini. “Menerusi pertandingan sebeginilah ikan-ikan laga akan naik nilainya di pasaran seandainya berjaya memenangi mana-mana kategori yang dipertandingkan,” kata seorang pemilik ikan laga, Khairul Anuar Jasmi penuh keterujaan kepada K2. Menurut Khairul Anuar, dia dan rakan-rakannya yang lain terpaksa menempuh perjalanan melebihi 200 kilometer dari Muadzam Shah, Pahang menuju ke Desa Pandan, Kuala Lumpur bagi menyertai pertandingan kecantikan ikan laga, Ampang Betta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya