fbpx

Tipu bantuan kerajaan beli Lamborghini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR bertarikh 4 Disember 2017 menunjukkan kenderaan SUV mewah, Lamborghini Urus. – AFP

AUSTIN, TEXAS – Impian seorang lelaki untuk berseronok memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) Lamborghini Urus berharga AS$200,000 (RM840,100) tidak kesampaian apabila dia dibawa ke penjara.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) menangkap Lee Price III kerana menggunakan dana bantuan kerajaan berjumlah AS$1.6 juta (RM6.7 juta) untuk berpoya-poya.

Price III, 29, didakwa menipu selepas dia memperoleh dua pinjaman kerajaan di bawah Program Perlindungan Gaji (PPP) untuk membayar gaji kakitangan yang tidak wujud, kata Jabatan Keadilan dalam satu kenyataan.

Sebaliknya, dia membelanjakan dana tersebut untuk membeli barangan mewah seperti kereta sport dan seutas jam tangan Rolex di samping trak pikap F-350 dan berseronok di kelab tarian bogel, kata kenyataan tersebut.

Price mendapat dua pinjaman PPP masing-masing AS$900,000 (RM3.7 juta) dan AS$700,000 (RM2.9 juta) menerusi syarikat Price Enterprises dan 723 Construction.

Bagaimanapun kedua-dua syarikat itu tidak memiliki kakitangan, manakala Ketua Pegawai Eksekutif 723 Construction meninggal dunia pada April 2020, sebulan sebelum permohonan pinjaman tersebut diserahkan.

Kongres meluluskan program PPP akhir Mac lalu bagi membantu perniagaan kecil terus beroperasi semasa pandemik. Pinjaman itu tidak perlu dibayar jika ia digunakan untuk membayar gaji, sewa atau utiliti lain. – AF

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI