fbpx

Flick sah ganti Low kemudi Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FLICK dilihat tidak peduli mengenai keputusan perlawanan pemanas badan meskipun ia bukan tahap permainan Jerman sebenar ketika menang tipis 1-0 ke atas Oman kelmarin. – AFP

MUNICH – Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) mengesahkan bahawa bekas jurulatih Bayern Munich, Hansi Flick bakal menggantikan Joachim Low sebagai ketua jurulatih pasukan Jerman sebaik Kejohanan Bola Sepak Eropah (Euro) berakhir.

Meskipun menerima banyak tawaran daripada kelab-kelab ternama Eropah, namun Flick lebih memilih untuk membim­bing Jerman bagi menghormati perjanjian yang dibuat dengan persatuan itu.

Khidmatnya ditagih banyak kelab selepas membimbing Ba­yern Munich memenangi dua gelaran Bundesliga selain menjulang trofi Liga Juara-Juara tahun lalu selepas dilantik sebagai jurulatih pada 2019.

“Semuanya berlaku dengan pantas sebelum saya tanda­tangan perjanjian ini tetapi saya gembira untuk bekerja sebagai jurulatih pasukan Jerman bermula musim luruh nanti.

“Saingan musim ini sudah ber­akhir dan pengalaman dua tahun di Bayern mampu membantu saya. Saya tidak sabar untuk mulakan tugas kerana Jerman memiliki ramai pemain berkualiti,” katanya.

Misi utama jurulatih berusia 56 tahun itu adalah bagi memastikan pasukan tersebut mencatat keputusan membanggakan pada kejohanan-kejohanan akan da­tang termasuk Euro 2024 di mana Jerman menjadi tuan rumah.

“Kami perlu hadapi kejohanan-kejohanan selepas ini dengan lebih optimis, terutama­nya Euro 2024 kerana kami akan menjadi tuan rumah pada edisi tersebut,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI