fbpx

Marquez sedia cabar podium di Mugello

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ mengakui sudah kembali mendapat keyakinan untuk mencari penamat terbaik pada aksi GP Itali di Litar Mugello Ahad ini. – AFP

TUSCANY, Itali –Juara Kejohanan Motosikal Dunia (MotoGP) sebanyak enam kali, Marc Marquez mengakui sudah semakin mendapat keyakinan dalam usaha meraih keputusan positif menjelang perlumbaan Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello yang akan berlangsung Ahad ini.

Marquez yang mewakili pasukan Repsol Honda percaya dirinya sudah mula mendapat kecergasan penuh selepas berehat panjang daripada kecederaan patah tangan sebelum ini tetapi dalam masa yang sama enggan terlalu mendabik dada.

“Saya tahu tahap kekuatan fizikal saya masih lagi ada had dan akui perlumbaan GP Itali yang akan berlangsung minggu ini nampak sukar. Namun, selepas aksi positif pada GP Perancis sebelum ini, saya sudah mula mendapat sedikit keyakinan.

“Apa yang pasti, saya sudah berlumba dalam dua perlumbaan berturut-turut (GP Sepanyol dan GP Perancis) sebelum ini selepas lama tidak berbuat demikian ekoran kecederaan tetapi saya tidak mahu menjadikan kelemahan fizikal saya sebagai satu alasan untuk tidak memberikan yang terbaik buat pasukan,” katanya.

Dalam perkembangan sama, rakan sepasukan Marquez, Pol Espargaro turut berhasrat untuk membalas kepercayaan yang diberikan oleh pasukan dengan menyasarkan kedudukan podium pada kali ini selepas beraksi hambar pada lima perlumbaan GP yang lepas.

“Selepas tidak dapat berlumba di Litar Mugello tahun lalu, sudah tentu kami cukup bersemangat untuk berikan yang terbaik pada perlumbaan kali ini kerana litar ini memiliki keunikan tersendiri selain sesuai dengan jentera pasukan.

“Apa yang pasti, saya harap dapat menghadiahkan pasukan kutipan mata yang positif pada perlumbaan minggu ini sekali gus menjadi tonik terbaik sebelum mengharungi perlumbaan seterusnya di GP Barcelona,” kata Espargaro yang sebelum ini mewakili pasukan Red Bull KTM. –AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI