fbpx

Tajuddin dijangka beri keterangan tengah hari esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin

PETALING JAYA – Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dijangka hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi tengah hari esok.

Tajuddin akan memberi keterangan selepas didapati tidak memakai pelitup muka ketika sidang akhbar sebaik meninjau insiden kemalangan membabitkan dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT) berhampiran Stesen KLCC semalam.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, polis akan membuka satu kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Kes akan disiasat di bawah Seksyen 21A Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) dan Peraturan 17(1), Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit(Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan 2021.

Kesemua yang terlibat dalam kes tersebut juga akan dipanggil untuk memberi keterangan. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI