fbpx

Covid-19: 63 kematian baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Sebanyak 63 lagi kes kematian Covid-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes kematian di seluruh negara mencecah 2,432 kes.

Menurut ciapan Twitter Kementerian Kesihatan, kes baharu pula mencatatkan sebanyak 7,478 kes termasuk lima daripadanya kes import dengan jumlah kumulatif kes Covid-19 sebanyak 533,367 kes.

“Angka kes aktif dengan kebolehjangkitan juga terus meningkat sebanyak 66,208 kes.

“Ia termasuk 756 kes positif sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, 377 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Selain itu, sebanyak 4,665 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah kes sembuh sepenuhnya daripada Covid-19 mencatatkan 464,727 kes. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI