fbpx

Apandi dibenar dapat dokumen berkaitan pemecatan dirinya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tan Sri Mohamed Apandi Ali

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dibenar mendapatkan dokumen atau surat mengandungi perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pemecatannya daripada jawatan itu, tiga tahun lalu.

Perkara itu ditentukan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam selepas sebahagian permohonan beliau bagi mendapatkan dokumen tersebut (discovery application) bagi menyokong tuntutan samannya, dibenarkan.

Peguam Datuk Abdul Shukor Ahmad yang mewakili Mohamed Apandi memberitahu pihak media selepas prosiding itu bahawa kerajaan perlu menyerahkan dokumen atau surat tersebut dalam tempoh 21 hari bermula semalam.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar bagaimanapun menolak permohonan bekas hakim Mahkamah Persekutuan itu untuk mendapatkan kesemua surat menyurat di antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Kerajaan Malaysia dengan Seri Paduka.

Mahkamah juga tidak membenarkan permohonan bekas Peguam Negara untuk mendapatkan semua dokumen lain yang berkaitan dengan penamatan perkhidmatan beliau sebagai peguam persekutuan
pada 2018.

Keputusan tersebut dimaklumkan kepada pihak media oleh Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili pihak kerajaan selepas prosiding yang dijalankan secara dalam talian.

Shamsul memberitahu, 6 Julai ini ditetapkan untuk pengurusan kes tuntutan saman itu di hadapan Latifah.

Pada 11 Disember tahun lalu, Mohamed Apandi memfailkan permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan penamatan khidmatnya sebagai Peguam Negara untuk membuktikan tuntutan saman terhadap bekas Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia bagi menuntut ganti rugi RM2.2 juta.

Menurut afidavit difailkan, bekas Peguam Negara menyatakan dokumen itu berada dalam milikan, jagaan atau kuasa kedua-dua defendan dan perlu diberikan kepada plaintif bagi membuktikan tuntutan samannya.

Mohamed Apandi memohon perintah mahkamah agar beliau bebas memeriksa dan dibekalkan dengan salinan dokumen atau surat berhubung penamatan perkhidmatannya.

Mohamed Apandi menyatakan, dokumen-dokumen tersebut bukannya rahsia kerajaan kerana ia tidak termaktub di bawah Akta Rahsia Rasmi. -K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI