fbpx

Insiden LRT bukan hanya disebabkan kecuaian manusia 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kelihatan penumpang LRT yang cedera akibat insiden itu.

PUTRAJAYA – Insiden pelanggaran dua buah tren Transit Aliran Ringan (LRT), Kelana Jaya Isnin lalu tidak harus diletakkan pada faktor kecuaian manusia sahaja sebaliknya faktor lain juga perlu diambil kira.

Menjelaskan perkara itu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, kementeriannya kini sedang meneliti secara terperinci berhubung persepsi yang semakin meluas bahawa ‘kecuaian manusia’ adalah punca insiden itu.

Beliau berkata, persepsi kurang tepat kerana ‘faktor manusia’ hanyalah salah satu aspek dalam siasatan kerana banyak lagi faktor keseluruhan teknikal dan operasi turut diteliti.

“Jawatankuasa Siasatan yang terdiri daripada sembilan orang diketuai Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Isham Ishak telah memulakan siasatan dari pelbagai aspek termasuk berkaitan kecuaian manusia.

“Kami juga ingin menegaskan bahawa salah seorang kakitangan (hostler) yang terlibat dalam kejadian itu disahkan negatif dadah oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), semalam,” katanya menerusi kenyataan akhbar, hari ini.

Katanya, individu tersebut wajar diberi hak bagi memudahkan siasatan tanpa rumusan awal.

Ka Siong berkata, beliau dan Jawatankuasa Siasatan menggesa orang ramai agar bersabar dan tidak mensensasikan sesuatu berita tidak tepat selain memberikan ruang kepada Jawatankuasa Siasatan melakukan siasatan mengikut tertib.

Kosmo! hari ini melaporkan kemalangan tren LRT Kelana Jaya melibatkan tren bernombor Tr40 dan Tr81 dikenal pasti berpunca daripada kecuaian pemandu yang memandu Tr40 dalam arah salah.

Tr40 yang sepatutnya bergerak ke arah selatan didapati bergerak dalam arah bertentangan menuju arah utara sehingga mengakibatkan pertembungan kedua-dua tren terbabit. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI