BIRMINGHAM – Aston Villa terus berusaha untuk mengekalkan ketua pasukannya, Jack Grealish apabila mengemukakan tawaran baharu yang menyaksikan pemain itu menerima gaji mingguan sebanyak £100,000 (RM550,000).
Grealish sebelum ini menjadi pemain sasaran utama Manchester United, namun nilai £80 juta (RM440.14 juta) yang diletakkan oleh Villa menyebabkan proses perpindahan tersebut tidak dapat diselesaikan.
Villa yang dimiliki oleh bilionair, Nassef Sawiris dan Wes Edesn dilaporkan tidak bersedia untuk melepaskan pemain itu menyebabkan mereka mengemukakan tawaran kontrak baharu selama lima tahun.
Kedua-dua mereka juga sedia menambah dana sebanyak £100 juta (RM550.17 juta) untuk mendapatkan pemain baharu.
Pemilik Villa itu mahu melihat Grealish lebih kerap bertindak di bahagian serangan sambil menyasarkan seorang penyerang dan pemain sayap baharu.
Pengurus Villa, Dean Smith dikatakan sedang memburu kelibat penyerang Celtic dari Perancis, Odsonne Edouard, 22, serta pemain Brentford, Said Benrahma. – AGENSI